Tuesday, March 10, 2015

Pangsapuri Damai Taman Subang Delima Seksyen U4



Apartment ini mempunyai sekuriti 24 jam, taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang dan kolam renang. Perumahan ini boleh diakses melalui Persiaran Cakerawala yang mempunyai sambungan ke Jalan Sungai Buloh dan Lebuhraya Guthrie. Selain itu Lapangan Terbang Subang terletak tidak jauh dari apartment ini.

Tarikh Lelongan: 19 Mac 2015
Alamat: Unit No. D2-12-13, Blok D2, Pangsapuri Damai, Jalan Tasik Raja Lumu U4/17, Taman Subang Delima, Seksyen U4 Poskod 40510
Keluasan: 856 kaki persegi
Pegangan: Leasehold (non-bumi lot)
Harga buka: RM225,000
Bank draft: 10%
Bank: Affin Bank Berhad

Monday, March 9, 2015

Taman Bunga Negara Seksyen 27



Berdekatan Lebuhraya ELITE, Persiaran Klang, Persiaran Kuala Langat, Persiaran Sepang dan Persiaran Hulu Langat. Kediaman Freehold di Taman Bunga Negara terdiri daripada blok-blok kediaman setiap satu setinggi 9 tingkat. Setiap unit rumah mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan saiz 742 kaki persegi.

Setiap unit kediaman diberikan 1 unit tempat meletak kereta. Kanak-kanak pula boleh berseronok di taman permainan kanak-kanak. Akses mudah untuk warga apartment ke kedai-kedai, restoran dan perhentian bas. Pengangkutan awam seperti teksi dan bas senang didapati di kawasan ini.

Jenis hartanah: Apartment 3 bilik
Keluasan: 743 kaki persegi
Pegangan: Freehold & NON-BUMI LOT
Harga buka: RM95,000
Bank draft: 5%
Bank: CIMB
Alamat: Unit no. 701, Blok 29, Taman Bunga Negara, Seksyen 27, 40400 S.A
Tarikh lelongan: 21 Mac 2015

Apartment 3 Bilik Seksyen 24



Berdekatan seksyen 24 adalah Kolej Akasia Uitm, Ole-Ole Shopping Center, Mydin Mart dan Uptown Shah Alam. Kawasan ini disempadani oleh Persiaran Sultan, Sungai Kelang dan Persiaran Jubli Perak.

Tarikh lelongan: 21 Mac 2015
Jenis hartanah: Apartment 3 bilik
Alamat: Unit no. 405, Tingkat 3, Blok 39, Jalan 24/1A, Seksyen 24 poskod 40300 Shah Alam SEL
Keluasan: 755 kaki persegi
Status: Bumi Lot & Leasehold
Harga buka: RM95,000
Bank draft: 5%
Bank: CIMB

Taman Sri Lembayung Seksyen 25


Potensi hartanah ini adalah ready-market para pelajar institusi awam dan swasta yang banyak di Shah Alam. Kewujudan ramai pelajar ini memudahkan anda untuk menyewakan hartanah ini sekiranya ingin dibeli sebagai pelaburan yang memberi pendapatan pasif.

Berdekatan LKSA dan lebuhraya KESAS. 5 minit perjalanan ke Mydin mart, pusat perniagaan dan bank. 10 minit perjalanan ke pusat bandaraya Shah Alam.

Jenis hartanah: flat 3 bilik (Bumi lot)
Pegangan: Freehold
Keluasan: 657 kaki persegi
Harga Buka: RM46,980 (harga pasaran: RM65K ++)
Bank: Affin Islamic Bank Berhad
Bank draft: 10%
Alamat: No. 7-5-8, Tingkat 5, Blok 7, Taman Sri Lembayung, Jalan Mantap 25/126, Seksyen 25 Poskod 40400 Shah Alam
Tarikh Lelongan: 26 MAC 2015